Kelas MS Excel & E-learning (Youtube)
3 Februari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada Ahad – 2 Februari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ms Excel dan E-Learning. Kelas ini telah disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Smk Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas asas Ms Excel adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam menguasai Microsoft Office yang lain seperti MS Excel. Dalam kelas tersebut, para pelajar diajar menghasilkan jadual menggunakan MS Excel. Para pelajar juga telah didedahkan dengan cara memasukkan data, membuat jadual menggunakan borders, elightmen dan juga fonts. Manakala dalam kelas E-Learning pula, para pelajar didedahkan dengan penggunaan youtube dengan bermanfaat Kelas ini adalah bertujuan untuk memperjelaskan mereka dengan manfaat lain yang mereka boleh perolehi dengan menonton Youtube. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video Klik Dengan Bijak.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan tayangan video KDB
2. Pengenalan kepada E-Learning (Youtube)
3. Pengenalan kepada Ms Excel
4. Penerangan tentang penggunaan MS Excel
5. Latihan menggunakan Excel
6. Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: